Wednesday, 24 June 2015

Jom Solat Terawih! Bulan Ramadan Ni Je Masanya, Jangan Lepaskan Peluang Terbaik Ni.

Assalamualaikum semua !

Al hamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 7 kita berpuasa. Sungguh, rasa begitu cepatnya masa berlalu. tip tup tip tup, hampir seminggu da berlalu bulan Ramadan yang mulia ni.

Bulan Ramadan sungguh istimewa kan? Yela, pada bulan ni je kita boleh berterawih dan salah satu malam pada bulan ni juga adanya malam Qadr (Lailatul Qadr). Jadinya, jomlah sama-sama kita merebutkan peluang ini. Lagipun kita tak tahu adakah ini Ramadan yang terakhir bagi kita?

Entri kali ni Fiefi nak kongsikan panduan solat terawih bagi yang tidak berkesempatan berjemaah di masjid, surau atau di rumah. Yup, kita masih boleh lakukan sendirian. Jangan biarkan masa keemasan ni berlalu begitu sahaja. Lagipun mudah je caranya. Ikut dan fahami langkah berikut.










Moga entri panduan solat terawih bersendirian ini dapat membantu sesiapa yang tidak berkesempatan berterawih di masjid. Macam Fiefi sejak beranak dua ni, memang Ramadan je, berterawih di rumah je la. Nak bawa dua orang anak syurga tu ke masjid atau surau ni boleh, tapi masih banyak faktor yang perlu diambil kira. 

Jom kita melipatgandakan ibadat di bulan yang mulia ini, siang kita berpuasa sambil berzikir dan berdoa, malamnya kita berterawih dan qiamulail. In syaa Allah.



*****
Mahu menjana pendapatan dari rumah?
Hubungi Fiefi 012.266.04.27

Sunday, 7 June 2015

Al Quran, Kitab Suci Bagi Umat Islam.

Jom sama-sama tambah ilmu =)

Perihal Al- Quran

πŸ”Ί1. S : Berapa jumlah Surah dlm al-Qur'an ?
πŸ‘‰J : 114 Surah

πŸ”»2. S : Berapa jumlah Juz dlm al-Qur'an ?
πŸ‘‰J : 30 Juz

πŸ”Ί3. S : Berapa jumlah Hizb dlm al-Qur'an ?
πŸ‘‰J : 60 Hizb

πŸ”»4. S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Qur'an ?
πŸ‘‰J : 6236 Ayat

πŸ”Ί5. S : Berapa jumlah Kata dlm al-Qur'an ?, dan Berapa Jumlah Hurufnya ?
πŸ‘‰J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf

πŸ”»6. S : Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Qur'an ?
πŸ‘‰J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun
HamalatulArsy, dll.

πŸ”Ί7. S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Qur'an?
πŸ‘‰J : 14 Sajdah

πŸ”»8. S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Qur'an ?
πŸ‘‰J : 25 Nabi

πŸ”Ί9.S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm al-Qur'an ?, sebutkan.
πŸ‘‰J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd,
al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid,
al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun,
al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

πŸ”»10.S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm al-Qur'an ?sebutkan.
πŸ‘‰J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.

πŸ”Ί11.S : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm al-Qur'an ?
πŸ‘‰J : 29 Surah.

πŸ”»12.S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyah ?, sebutkan 10 saja.
πŸ‘‰J : Suarah Makiyah adalah Suarah yg diturunkan sebelum Hijrah, seperti : al-An'am,
al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil,
al-Falaq.

πŸ”Ί13.S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyah? sebutkan lima saja ?
πŸ‘‰J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan setelah Hijrah, seperti : al-Baqarah,
al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.

πŸ”»14.S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm Al-Qur'an?
πŸ‘‰J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud,
Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib,
Idris, Muhammad Saw.

πŸ”Ί15.S : Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dlm al-Qur'an?
πŸ‘‰J : Maryam binti Imran.

πŸ”»16.S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm al-Qur'an?
πŸ‘‰J : Zaid bin Haritsah.

πŸ”Ί17.S : Apakah nama Surah yg tanpa Basmalah?
πŸ‘‰J : Surah at-Tawbah.

πŸ”»18.S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
πŸ‘‰J : Surah al-Naml.

πŸ”Ί19.S : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Qur'an?
πŸ‘‰J : Surah al-Kafirun.

πŸ”»20.S : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Qur'an?
πŸ‘‰J : Surah al-Ikhlas

πŸ”Ί21.S : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
πŸ‘‰J : Surah al-Mulk

πŸ”»22.S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?
πŸ‘‰J : Surah al-Khafi

πŸ”Ί23.S : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
πŸ‘‰J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255

πŸ”»24.S : Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?
πŸ‘‰J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.

πŸ”Ί25.S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
πŸ‘‰J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat,
Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat, Surah al-Zalzalah ayat 7-8.

πŸ”»26.S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya ?
πŸ‘‰J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

πŸ”Ί27.S : Pada Kata apakah pertengahan al-Qur'an itu di Surah apa ? ayat no Berapa ?
πŸ‘‰J : ΩˆΩ„ΩŠΨͺلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.

πŸ”»28.S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Shalat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga ?
πŸ‘‰J : Ayat Kursi.

πŸ”Ί29.S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa ?
πŸ‘‰J : Ayat فبأي Ψ’Ω„Ψ§Ψ‘ Ψ±Ψ¨ΩƒΩ…Ψ§ ΨͺΩƒΨ°Ψ¨Ψ§Ω†ِ ) pada Surah al-Rahman.

πŸ”»30.S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa ? Aapakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa ?
πŸ‘‰J : Ayat ( ΩˆΩŠΩ„ ΩŠΩˆΩ…Ψ¦Ψ° Ω„Ω„Ω…ΩƒΨ°Ψ¨ΩŠΩ† ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthafifin
ayat No. 10.

πŸ”Ί31.S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Qur'an ? pada Surah apa? Ayat berapa?
πŸ‘‰J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah.

πŸ‘†Semoga sedikit sebanyak boleh beri manfaat pada kita.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom sama-sama kita jadikan mengaji Al Quran amalan harian.
Sekarang mudah, kat smartphone pon leh install kan 

YA Allah,
jadikanlah ayat Al Quran ini,
penyejuk hatiku,
penerang dadaku,
penghapus dukaku.

sumber: group WA
*****
Mahu mendapatkan suplemen Shaklee?
atau
Mahu menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi Fiefi 012 266 04 27

~~~~~
Jom sama-sama menggunakan peluang terbaik ini untuk menjelajah Asia bersama Air Asia?

Saturday, 6 June 2015

Jom Berselawat dan Ketahui 10 Kelebihan Berselawat.

Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.
Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.
Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.

Tahukah anda?
Selawat bermaksud doa, rahmat dari Allah, memberi berkat dan ibadah. Dari segi syarak pula, selawat bermaksud mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda S.A.W.

Hasil pembacaan Fiefi dari sebuah buku al Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus, antara kelebihan berselawat termasuklah:

* ia merupakan salah satu amalan paling utama
* boleh menghapuskan kesalahan dan dosa
* jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi S.A.W
* menjadi benteng sifat munafik dan kafir
* selamat daripada huru-hara hari kiamat
* menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah
* tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit
menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah
* dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak
* kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

Dalam kehidupa seharian Fiefi pun ada selitkan bahagian dan masa untuk berselawat. Jom lah sama-sama kita amalkan selawat. Biarlah sedikit pun yang penting konsisten, hari-hari kita amalkan. Mulakan pada jumlah yang sedikit dulu macam 33 kali, kemudian bila dah konsisten kita up kan lah =)

Kalau dalam keadaan kita stress, sedih atau sewaktu dengannya, amalkan berselawat. InsyaAllah, kita kembali ceria, tenang dan positif. Lagi indah nikmat selawat yang kita rasakan, bila kita berselawat sambil kita mengingati bagaimana perjuangan Nabi S.A.W. dari permulaan hidupnya hingga kewafatan Baginda.

Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.
Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.
Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.



*****
Mahu mendapatkan Vitamin Organik yang Selamat dan berkesan?
atau 
Berimpian mahu membina KERJAYA BISNES?

Hubungi Fiefi 012 266 04 27
Emel : sayafiefi@gmail.com

~~~~~
Jom sama-sama menggunakan peluang terbaik ini untuk menjelajah Asia bersama Air Asia?

Friday, 5 June 2015

Fadhilat Asmaul Husna : Al Wahhab, Dia Maha Pemberi.

Al Wahhab, nama Allah yang ke 17. Memberi maksud Yang Sentiasa Memberi / Maha Pemberi Kurnia

Allah s.w.t. mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.


Zikir Ya Wahhab adalah salah satu amalan rohani yang diterapkan dalam kumpulan bisnes Shaklee Fiefi sertai. Menarikkan? Yela, nak 'kuat' mental fizikal dalam dunia niaga, diri kita perlu 'kuat' terlebih dahulu. Camne nak jadi 'kuat'? Mohonlah pada Allah s.w.t., mohon kekutan dariNya, kebergantungan kita hanya padaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pemberi =)

Sedikit perkongsian tentang fadhilat Zikir Ya Wahhab.

Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,In Syaa Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran.

Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, In Syaa Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.

Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, In Syaa Allah permintaanNya akan diperkenankan.

Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.

Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran atau seumpamanya).

Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).In Syaa Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, In Syaa Allah anda tidak akan merasa lapar.

Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan, In Syaa Allah.

Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. In Syaa Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.


Jom sama-sama kita amalkan zikir Ya Wahhab. 
Tapi AWAS ya! 
Amalan ni bukan SATU-SATUnya amalan menjemput rezeki tetapi SALAH SATU antara amalan menjemput rezeki.



*****
Mahu mendapatkan Vitamin Organik yang Selamat dan berkesan?
atau 
Berimpian mahu membina KERJAYA BISNES?

Hubungi Fiefi 012 266 04 27
Emel : sayafiefi@gmail.com

Thursday, 4 June 2015

23 Gambar Perkembangan Janin Dalam Rahim Yang Memukaukan!

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar !
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar !
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar !


Ya, begitu teruja dan menakjubkan masa first time terlihat gambar-gambar yang memukau ni. Sungguh warna-warni dan begitu rupanya proses yang berlaku pada permulaan persenyawaan dan sepanjang kehamilan.

Sperma dalam tiub fallopio

Tiub fallopio

Sudah sampai tempat dituju

Dua sperma telah sampai pada sel telur, tetapi...

Hanya satu yang bergelar 'Sang juara'

Saat kemenangan tercipta

Pada hari ke 8, embrio melekat pada dinding rahim

Otak mula berkembang dalam embrio 

Hari ke 24, rangka masih belum terbentuk. Tetapi, jantung sudah mula berdegup sejak hari ke18.

Janin pada usia 4 minggu.

Minggu ke 5 , janin telah membesar lebih kurang 9 mm. Bahagian mata, hidung dan mulut pada struktur kawasan muka boleh dibezakan.

Hari ke 40. Sel-sel embrio membentuk organ placenta.Iaitu bahagian yang menghubungkan embrio pada dinding rahim melalui bekalan darah wanita bagi membolehkan pengambilan nutrien, dan sisa perkumuhan  dikeluarkan.

Embrio pada minggu ke 8 . Embrio mula berkembang dengan baik dan dilindungi dalam kantung janin

Saat minggu ke16, fetus mula meneroka struktur tubuh dan persekitarannya.

Meneroka struktur tubuh dan persekitarannya menggunakan tangannya.


Rangka mula terbentuk daripada tulang rawan yang lembut. Rangkaian saluran darah boleh dilihat melalui kulit nipis.

Sudah berusia 18 minggu dan saiznya lebih kurang 14 cm. Pada masa ini, janin sudah bolehmendengar bunyi dari dunia luar.

Minggu ke 19.

Minggu ke 20 , saiz leboh kurang 20 cm. Lanugo (Wooly hair) mula meliputi keseluruhan kepala.

Minggu ke 24.

Minggu ke 26.
Sudah berusia 6 bulan.

Saat 36 minggu.

23 gambar janin membesar dalam rahim ini adalah hasil dari jurugambar Swedish, Lennart Nilsson. Beliau telah menghabiskan 12 tahun hidupnya mengambil gambar janin yang sedang membesar di dalam rahim. Gambar-gambar yang luar biasa ini telah diambil dengan menggunakan kanta makro dengan kamera konvensional, sebuah endoskop dan pengimbasan elektron mikroskop. 
 Foto pertama daripada janin manusia telah berjaya beliau perolehi  pada tahun 1965.
sumber : Fb So BAd So Good


*****
KIta adalah JUARA!

Mahu mendapatkan vitamin organik sepanjang KEHAMILAN?
atau 
Berimpian mahu membina KERJAYA BISNES?

Hubungi Fiefi 012 266 04 27
emel: sayafiefi@gmail.com

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...