Friday, 5 June 2015

Fadhilat Asmaul Husna : Al Wahhab, Dia Maha Pemberi.

Al Wahhab, nama Allah yang ke 17. Memberi maksud Yang Sentiasa Memberi / Maha Pemberi Kurnia

Allah s.w.t. mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.


Zikir Ya Wahhab adalah salah satu amalan rohani yang diterapkan dalam kumpulan bisnes Shaklee Fiefi sertai. Menarikkan? Yela, nak 'kuat' mental fizikal dalam dunia niaga, diri kita perlu 'kuat' terlebih dahulu. Camne nak jadi 'kuat'? Mohonlah pada Allah s.w.t., mohon kekutan dariNya, kebergantungan kita hanya padaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pemberi =)

Sedikit perkongsian tentang fadhilat Zikir Ya Wahhab.

Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,In Syaa Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran.

Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, In Syaa Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.

Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, In Syaa Allah permintaanNya akan diperkenankan.

Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.

Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran atau seumpamanya).

Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).In Syaa Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, In Syaa Allah anda tidak akan merasa lapar.

Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan, In Syaa Allah.

Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. In Syaa Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.


Jom sama-sama kita amalkan zikir Ya Wahhab. 
Tapi AWAS ya! 
Amalan ni bukan SATU-SATUnya amalan menjemput rezeki tetapi SALAH SATU antara amalan menjemput rezeki.



*****
Mahu mendapatkan Vitamin Organik yang Selamat dan berkesan?
atau 
Berimpian mahu membina KERJAYA BISNES?

Hubungi Fiefi 012 266 04 27
Emel : sayafiefi@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...