Saturday, 6 June 2015

Jom Berselawat dan Ketahui 10 Kelebihan Berselawat.

Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.
Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.
Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.

Tahukah anda?
Selawat bermaksud doa, rahmat dari Allah, memberi berkat dan ibadah. Dari segi syarak pula, selawat bermaksud mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda S.A.W.

Hasil pembacaan Fiefi dari sebuah buku al Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus, antara kelebihan berselawat termasuklah:

* ia merupakan salah satu amalan paling utama
* boleh menghapuskan kesalahan dan dosa
* jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi S.A.W
* menjadi benteng sifat munafik dan kafir
* selamat daripada huru-hara hari kiamat
* menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah
* tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit
menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah
* dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak
* kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

Dalam kehidupa seharian Fiefi pun ada selitkan bahagian dan masa untuk berselawat. Jom lah sama-sama kita amalkan selawat. Biarlah sedikit pun yang penting konsisten, hari-hari kita amalkan. Mulakan pada jumlah yang sedikit dulu macam 33 kali, kemudian bila dah konsisten kita up kan lah =)

Kalau dalam keadaan kita stress, sedih atau sewaktu dengannya, amalkan berselawat. InsyaAllah, kita kembali ceria, tenang dan positif. Lagi indah nikmat selawat yang kita rasakan, bila kita berselawat sambil kita mengingati bagaimana perjuangan Nabi S.A.W. dari permulaan hidupnya hingga kewafatan Baginda.

Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.
Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.
Allahumma solli alaa Muhammad, wa alaa aali Muhammad wasohbihi wasallim.



*****
Mahu mendapatkan Vitamin Organik yang Selamat dan berkesan?
atau 
Berimpian mahu membina KERJAYA BISNES?

Hubungi Fiefi 012 266 04 27
Emel : sayafiefi@gmail.com

~~~~~
Jom sama-sama menggunakan peluang terbaik ini untuk menjelajah Asia bersama Air Asia?

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...