Thursday, 6 August 2015

Lagi 9 Hari Ada Untuk Melengkapkan Puasa Sunat Syawal !

21 Syawal hari ni. Ada lagi baki lagi 9 hari berakhirnya Syawal 1436H. Masih ada peluang bagi sesiapa nak berpuasa sunat Syawal atau dikenali puasa 6 Syawal.



Dari Abu Ayyub Al-Ansari r.a berkata: Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."
(Muslim no: 1164) 
Dalam hadis ni, Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa 6 hari selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulamak menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, disebabkan setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 365 hari.
cerdit~akuislam


Oopps!
Bagaimana raya korang tahun ni?
Maaflah, blogfiefi.blogspot.com lama tak bersiaran, turut berpuasa blog di bulan Ramadhan baru ni. Ampun diminta, maaf zahir batin. Kosong-kosong ye! Nikan, masih dibulan Syawal lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Jom ketahui 10 perkara yang kita suka sangat setiap kali Raya tiba.

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...