Wednesday, 26 August 2015

Mudahnya Membuat Blog!

Blog. Alkisahnya masa mula dengar 'blog' tak tahu pun apa tu blog. Perkataan blogger lagi la kann..kikiki.. Then, bila dah tahu blog tu apa, camne bentuk rupa semua bagai, tahu baca je blog orang-orang ni...Bila baca blog, best je. Sebab apa, blog dijadikan tempat kita bercerita, berkongsi, ada gak yang jadikan jurnal kehidupan. Interesting, gitu !!! Ohya, ada juga yang jadikan sebagai lubuk rezeki.

 Tapi masa tahu dan kenal blog tu, tak tahu dan tak pandai pun nak buat ni. But now, Alhamdulillah da ada blog, bolehlah bina blog dan mudahnya cara membuat blog. Senang je,rupenye..kikiki

Sekarang lagila, banyak sangat-sangat-sangat tutorial membuat blog. Google, belambak keluar nanti. Kelas-kelas belajar membuat blog pun ada dikendalikan oleh pihak-pihak tertentu. Pilih, daftar dan belajarlah. Lagila, mudahnya untuk membuat blog ni sebab banyak sumber dan dunia sekarang apa-apa semua di hujung jari jek =)

Blog Fiefi ni, entah yang keberapa dibinanya. Mentang-mentang dah tahu dan mudahnya membuat blog, banyak pulak blog dibuatnya, tapi satu pun takde entri..Haha..Main-main ye! Tapi hal sebenar, bukan main-main cuma kurang istiqamah untuk menulis entri. Berlambak entri semua jadi draf. Now, azam mahu istiqamah up entri everyday dan juga aktif blogwalking, tambah kenalan dan berkongsi ilmu bermanfaat. Dengan niat, moga setiap entri yang dihasilkan dan dikongsikan memberi manfaat pada semua dan dapat membantu sesiapa menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Masalah sentiasa wujud bagi kita yang normal dan bernafas ni, apa-apapun hadapi dengan positif, tenang dan ingat Allah selalu =) Berharap juga, dengan ilmu-ilmu yang bakal dikongsikan menjadi saham akhirat untuk ke syurga. InsyaAllah.


Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Apabila mati seseorang anak Adam itu, maka akan terhenti segala amalannya kecuali TIGA perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi guna, dan doa anak-anak yang soleh."

Yang mengomel,
Fiefi Irafizah.
#sayajualShaklee =)

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...