Friday, 11 September 2015

6 Tips Menyimpan Mainan Anak-anak Soleh dan Solehah.

Siapa suka rumah yang bersepah? 

Haha..konfem semua nak rumah yang elok teratur perhiasannya, bersih, cantik kan...Tapi sejak kehadiran si comel soleh solehah ni, konfem rumah hari-hari bersepah dengan mainan diorang kan? Siapa ada masalah macam ni? Sila senyum =)

Ni ada panduan simpan mainan anak-anak yang nak Fiefi kongsikan.

1. Berfikir secara berhemat.
Anda boleh menggunakan kotak kasut kecil dan besar untuk menyimpan mainan dan disimpan di ruang khusus. Contohnya, kotak besar untuk barangan lebih besar dan kotak kecil untuk mainan bersaix kecil. Bakul plastik untuk menyimpan mainan lembut seperti teddy bear.

2. Simpan mainan mengikut kategori.
Contohnya, kereta, bola, anak patung, dan sebagainya. Labelkan kotak mengikut kategori bagi memudahkan anda mencari dan menyimpan barang mainan itu semula.

3. Simpan di tempat mudah.
Seeloknya, letak kotak simpanan tersebut di tempat yang mudah diambil oleh anak tanpa mencederakan sesiapa semasa mengambil mainan yang diinginkan.

4. Mainan bersaiz besar hendaklah disusun memanjang di rak khusus.
Misalnya, anak patung haiwan dan kereta mainan berukuran besar. Cara ini dapat dilakukan untuk mainan anak yang tidak digunakan lagi.

5. Elak kotak dan penutup yang berat.
Bila ingin menggunakan kotak khusus, elakkan penutup yang berat untuk mengelakkan dari sebarang kecederaan.

6. Asingkan mainan mengikut tempat.
Mainan yang dibuat dari papan seperti catur atau monopoli hendaklah disimpan dalam almari khusus dengan mengaturnya di tepi. Jangan menyusunnya menegak kerana boleh merosakkan mainan yang berada di bahagian bawah. Anda boleh letakkan mainan yang lebih ringan di atasnya superti puzzle atau anak patung.
~sumber: koleksi buku2ku

Moga bermanfaat!

4 comments:

  1. Senang nak pilih mainan kalo simpan ikot kategori :). Follow blog fiefi no #6 :)

    ReplyDelete
  2. btul, kena buat mcm tuu, fuhh, memang bersepah-sepah kalau jenis tak nk mgemas, cmpak msuk label, hahaha

    jemput join sekaki :-

    http://nonasani.blogspot.my/2015/09/the-bakers-cottage-mooncake-giveaway-by.html

    ReplyDelete

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...