Thursday, 22 October 2015

7 Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu.

Jerebu datang lagi.  Sekolah pun cuti hari ni. Jaga-jaga dengan jerebu, boleh menyebabkan batuk-batuk, sakit tekak, sakit mata atau demam kalau asyik terdedah pada jerebu. Jadi pastikan jaga diri dengan tingkatkan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri daripada mendapat pelbagai penyakit berkaitan jerebu.

Pemilihan pemakanan yang sihat semasa jerebu turut membantu. Ni Fiefi nak kongsikan 7 tips pemakanan sihat semasa jerebu seperti yang dicadangkan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikut adalah tipsnya:
1. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi.
2. Minum jus atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit. Buah dan sayur juga mengandungi air yang boleh membantu meningkatkan pengambilan air.
3. Sediajan makanan sendiri dan amalkan makan di rumah. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup dan berada di dalam bangunan.
4. Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing secara kerap dan mengakibatkan dehidrasi.
5. Kurangkan makanan tinggi garam yang boleh menyebabkan kehausan dan dehidrasi.
6. Makan makanan yang tinggi kandungan vitamin c, vitamin e dan omega-3 untuk meningkatkan sisten imunisasi badan.
7. Untuk meningkatkan pengambilan air, ambil makanan yang berair seperti sup dan singgang.


Bagi yang mengalami masalah untuk mendapatkan makanan yang tinggi kandungan vitamin c, vitamin e dan omega-3, Fiefi cadangkan dapatkan SR Vita C Plus, Vita E Complex dan Omega Guard keluaran Shaklee :)

Sebarang pertanyaan/tempahan, hubungi Fiefi:
012 266 04 27
emel: sayafiefi@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...