Saturday, 14 November 2015

4 Mitos dan Fakta Dalam Amalan Pantang Larang Pemakanan Selepas Bersalin!

Sepanjang tempoh berpantang, ibu-ibu biasa dimomokkan dengan beberapa pantang larang terutama dalam hal pemakanan.Tiada hal, jika ibu berpantang mengamalkan pantang larang sedemikian tetapi diet yang seimbang dan makan secara sihat mesti diutamakan.

Berikut 4 mitos dan fakta dalam amalan pantang larang pemakanan selepas bersalin yang mahu Fiefi kongsikan hasil dari pembacaan Fiefi.

1. Jangan makan ubi-ubian ?
Mitos: Ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan daripada jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana makanan ini dipercayai mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut. 
Fakta: Ubi-ubian merupakan makanan bijirin yang membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Jika ibu tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, ibu boleh mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam diet ibu. 
 2. Mengelak makanan 'sejuk' ? 
Mitos: Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang dianggap ’sejuk’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang. Mengelakkan makanan sejuk dikatakan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Makanan sejuk menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan. 
Fakta: Tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa mengelak makanan-makanan ini memberi sebarang faedah kepada kesihatan ibu dalam pantang. 
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat. Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin. Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, ibu yang dalam berpantang boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ’sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur dapat penuhi. 
Contohnya : 
Sayur-sayuran : sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman (contoh : pegaga, daun cekur dan ulam raja).  
Buah-buahan : oren, betik dan pisang.  
3. Ikan, ayam dan telur adalah 'bisa' ? 
Mitos: Beberapa jenis ikan, ayam, telur dan beberapa jenis buah-buahan seperti nenas dianggap sebagai ’bisa’ dan ’tajam’. Makanan berbisa dikatakan boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin serta boleh menyebabkan pendarahan bagi ibu dalam pantang. 
Fakta: Makanan ini merupakan sumber baik bagi protein, vitamin dan garam mineral. Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. 
Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh. Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran dan dapat mencegah masalah anemia
Kekacang juga merupakan sumber serat yang baik. Ibu selepas bersalin memerlukan banyak protein. Oleh itu, elakkan amalan hanya mengambil ikan kering semasa berpantang kerana ini boleh memudaratkan kesihatan. Pastikan diet harian ibu mengandungi sumber makanan daripada kumpulan ini. 
4.Ibu dalam pantang tidak boleh minum air ? 
Mitos: Ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang. 
Fakta: Ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari. Kepercayaan ibu dalam pantang perlu mengehadkan pengambilan air adalah perlu dielakkan. 
Pengambilan air yang mencukupi penting untuk : 
  • memulihkan kecergasan badan 
  • keseimbangan elektrolit 
  • mengawal suhu badan
Pengambilan air secukupnya amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi untuk menggantikan air yang diguna untuk menghasilkan susu ibu. Seseorang ibu menghasilkan anggaran 800ml atau 4 gelas susu ibu sehari.

Apa  yang penting, makan secara sihat perlu diamalkan agar ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang.

Semoga bermannfaat!

Sharing is caring,
Fiefi Ira =)

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...