Saturday, 7 November 2015

Pentingnya Jaga Pemakanan Semasa Mengandung.

Pemakanan yang sihat amat penting bagi mengekalkan kesihatan kita. Lebih-lebih lagi jika kita seorang ibu mengandung. Jika sebelum ni, diet pemakanan kita 'tidak comel' seharusnya semasa mengandung kita ubah cara pemakanan kita untuk kebaikan ibu dan juga kandungan =)

Tujuan pengambilan makanan yang sihat sepanjang kehamilan adalah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat serta untuk mengekalkan kesihatan ibu. Selain itu, ia juga  bertujuan memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil.
  • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah di antara 12-18kg
  • Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah di antara 11-16kg
  • Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah di antara 7-11kg
  • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg
Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat. Tapi jaga-jaga jangan terlebih-lebih pula pertambahannya, haruslah dikawal ye =)



Jom Fiefi kongsikan hasil dari pembacaan tentang jenis makanan yang perlu ambil 'lebih' sepanjang kehamilan ni.Antaranya termasuklah:
1. Buah-buahan dan sayur-sayuran - boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau jadikannya sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Misalnya 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin C dan satu dalam vitamin A)
2. Makanan berkanji -contohnya nasi, roti, pasta dan juga kentang. Adalah lebih elok memilih jenis bijian penuh kerana ia membantu anda berasa lebih kenyang dan lebih berkhasiat. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan. Dicadangkan ambil 7 hidangan nasi tau bijirin atau roti.
3.Makanan yang kaya dengan protein - contohnya daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang.Dicadangkan mengambil 1 hidangan daging atau ayam, 1 hidangan ikan dan 1  hidangan kekacang.
4. Produk tenusu - contohnya susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium. Dicadangkan mengambil 2 hidangan susu.
Namun sekiranya anda bermasalah mahu melengkapkan pemakanan sihat dan seimbang seperti yang dicadangkan, makanan tambahan atau suplemen perlu diikhtiarkan bagi kesejahteraan perkembangan janin dan kesihatan ibu.

Sharing is caring, 
Fiefi Ira :)

tempat rujukan satu & dua.

1 comment:

  1. he he he thanks for the sharing nnt future nnt boleh check balik wuhuw!

    ReplyDelete

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...