Sunday, 15 November 2015

Perkembangan Bayi Usia Satu Minggu.

Bagi bayi baru lahir, dia akan perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan bunyi bising dan dunia yang terang. Kesemua ruang tambahan di sekelilingnya masih baru untuknya. Korang akan perasan yang dia bergerak tersentak-sentak, tiada koordinasi sementara dia menyesuaikan dirinya. Tidak lama lagi, kemungkinan pada hujung bulan, pergerakannya akan lebih lancar kerana kawalan otot-ototnya semakin matang.

Adakah bayi comel korang yang sedang tidur kedengaran seperti mengalami hidung tersumbat?
Jangan bimbang jika bayi korang bernafas kuat semasa tidur. Tidak mungkin dia mengalami selesema. Kemungkinan besar salur pernafasannya sedang menyesuaikan dengan udara di rumah anda. Jika anda perhatikan, anda akan nampak yang dia bernafas di dalam kitaran. Ia boleh jadi cepat dan dalam, kemudian perlahan-lahan dan pendek. Ataupun mungkin perlahan dan dalam, atau kadangkala bising. Hubungi doktor jika anda benar-benar risau. 

Minggu pertama ni juga, bermulanya tugas baru ibu-ibu untuk menyusukan bayi. Diingatkan, cari, gali dan tambahlah ilmu tentang penyusuan semasa mengandung, bukan apa sebagai persediaan menyusukan bayi comel yang kita kandungkan selama ini. 

Bagi ibu-ibu yang masih belum cekap pada tahap ini, jangan sedih, jangan putus asa, lama kelamaan akan semakin mudah, jadi bersabarlah sekejap. Jika berasa kurang bersemangat, cuba ingatkan diri tentang faedah menyusu badan. 

Bagi yang baru bergelar ibu adakala tertanya-tanya, adakah bayi mendapat susu yang cukup, terutamanya jika bayi mahu minum sepanjang masa atau pun menangis selepas diberi susu. Jika bayi korang menyusu setiap dua atau tiga jam, atau sekurang-kurangnya lapan kali sehari, dia mungkin mendapat kesemua yang diperlukannya.

Cara lain untuk memeriksanya adalah melalui warna najis bayi. Ia merupakan tanda yang baik jika najisnya kekuningan pada hari keempat. 
~sumber rujukan~


Ok, sharing is caring.
Fiefi Ira :)

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...