Wednesday, 11 November 2015

Perlu ke ambil suplemen ni?

Entri kali ni berkisahkan suplemen. Semua dah tahu ke tentang suplemen ni?

Sejujurnya Fiefi dulu takde pun ambil hal tentang suplemen ni. Padahal cara makan pun bukanlah seimbang pun. Sayur pun tak makan sangat. Hahaha. Tapi sejak pegang title 'seorang IBU' ni memang rasa ia satu perkara penting yang perlu diambil kira. Jadi ibu kan mesti lah jadi SuperIbu. Tu kena ambil tahu dan ambil suplemen tu =)

Suplemen juga dirujuk sebagai makanan tambahan. Ia didefinisikan sebagai satu cara penyediaan nutrien seperti vitamin, mineral, serat, asud lemak atau asid amino yang bertujuan untuk menambah diet yang boleh hilang atau tidak diperolehi dalam diet seseorang. Ada sesetengah negara mentakrifkan makanan tambahan sebagai ubat-ubatan, makanan atau produk kesihatan semulajadi.

Sekarang kira berada di era kegemilangan yang sangat mencabar dan berbeza dengan gaya hidup zaman datuk nenek moyang kita dulu. Sekarang banyak muncul penyakit yang bahaya dan adalah penting pengambilan suplemen dalam usaha kita untuk mengekal kehidupan yang sihat. Keadaan sekarang dah tak sama cam dulu.

Berikut 7 faktor pentingnya pengambilan suplemen dalam usaha menjaga dan mengekalkan kehidupan yang sihat.
1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar 
Ya, keadaan bumi kita sekarang sudah tidak sihat. Tahun ni aje, banyak kali hadirnya 'musim jerebu'. Dalam kehidupan kita pun, dari saat awal pagi saat kita menghidupkan enjin kereta pun kita dah terdedah dengan pencemaran. Korang tahu tak, pemeluwapan dari bahan-bahan di dalan kereta terutamanya dashboard mengandungi bahan kimia berbahaya? Ya, terdapat karsinogen, agen penyebab kanser. Tu dalam kereta. Kat luar dengan asap kenderaan, debu -debu pasir tanah, dan asap rokok lagi. Kat rumah pun, dengan cat rumah tu juga bahan pencuci yang digunakan, turut mengandungi pencemaran kimia yang kita tak nampak dengan mata kasar tapi ada kesannya. 
2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien 
Badan kita perlukan lebih nutrien yang membekalkan antioksidan seperti vitamin C, E bagi meningkatkan sistem imun bila badan tak sihat, mula nak demam atau selsema. Malah, jika kita mengalami kecederaan pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yanv rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Ada golongan yertentu yang perlukan jumlah nutrien yang lebih seperti ibu hamil, ibu menyusu. 
3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar 
Kita biasa pilih buahan atau sayuran yang segar-bugar semasa beli di pasaraya. Tapi tahukah kita, kebiasaannya buahan atau sayiran yang 'nampak' segar, fresh tu boleh mengundang bahaya? Ya, kerana kebanyakannya diselaputi dengan racun serangga yang bahaya dan bahan pengaeet yang membolehkannya tahan lama. Penggunaan baja kimia pula semakin meluas kini. Berhati-hati memilih buahan dan sayuran atau dapatkan yang ditanam secara organik. 
4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat 
Anda rasa sihat tak gaya hidup anda sekarang? Paling mudah tengok keadaan yang tertekan atau stress. Stress muncul saat anda bekerja? Kalau tak, Alhamdulillah. Stress saat dalam perjalanan yang bersesak dari rumah ke tempat kerja. Tangani stress elok-elok sebab stress boleh musnahkan vitamin B dan C. Vitamin B dan C ni sangat-sangat fragile tau! Pukul berapa korang dinner ye? Alhamdulillah, andai awal. Kalau lewat tu jadi masalah perut boroi. Makan lewat malam ni menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dan peningkatan kolesterol. Dan awas kalau dijadikan habit makan lewat malam ni, sebab tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi boleh menyerang pada usia yang muda. 
5. Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa 
Contoh nasi lemak. Kebiasaanya di ambil awal pagi sebagai sarapan. Tapi disebabkan kelazatan dan lemaknya nasi, ia boleh dinikmati bila-bila masa. Pelbagai gaya nasi lemak boleh kita dapatkan 24 jam terutama di kedai-kedai mamak. Fast food pun jadi pilihan ramai sekarang. Senang, mudah, cepat dan banyak kioks-kioks sekarang ni menawarkannya. Kalori makanan segara ni kebanyakkan tinggi. Pertambahan kalori mudah diperolehi tapi pembakarannya bergantung apa aktiviti yang kita lakukan dan mengambil masa. 
6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan 
Awas sekiranya anda penggemar makanan atau minuman berkafein. Ini kerana kafein boleh menghalang penyerapanbeberapa nutrisi penting seperti vitamin D dan kalsium ke dalam tubuh. 
7. Kehilangan nutrien dalam makanan 
Ada yang berpendapat makan di rumah pun boleh dapat nutrisi yang diperlukan. Tapi tahu dan pastikah kita masakan kita di rumah tu bernutrisi dan lengkap? Bahan-bahan segar dari ladang kehilangan nutrisi semasa proses pengasingan, pembunhkusan dan penghantaran. Bila kita perolehi dari pasaraya, bkita beli dan balik rumah, simpan dalam peti sejuk juga boleh menyebabkan kehilangan nutrisi. Bila kita potong-potong, sedia untuk masak lagi, menggoreng atau memasak terlalu lama, berlaku kehilangan nutrisi lagi. Jadinya, betapa banyak nutrisi yang kita dapat bila semua ni siap dimasak? 

Fikir-fikirkan korang! Dengan keadaan sekarang, gaya hidup yang kita pilih, perlu dan penting tak untuk kita ambil suplemen ni.

Pilihan kita sekarang, menentukan siapa kita di masa akan datang!


Sharing is caring,
Fiefi Ira :)

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...