Tuesday, 10 November 2015

Selamat Bercuti Semua Tapi Jangan Dilupakan 5 Benda Ni Bila Pergi Bercuti!

Hari ni Selasa, 10 November 2015.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Seronokkan, hari ni cuti =) 
Ya, cuti Deepavali hari ni.Cuti awam 2015. Korang plan apa hari ni? Moga semua enjoy dengan aktiviti hari ni. InsyaAllah. Atau maybe ada yang sedang menikmati percutian atau berholiday bersama orang-orang tersayang. 

Korang kalau pergi bercuti ni suka bawa apa ya? 
Fiefi jenis sempoi je. Ofkos bawa keperluan pakaian mengikut hari pergi bercutila, tapi kalau tudung tu Fiefi pilih yang mudah nak pakai, takde nak kena iron dulu ke dan yang penting boleh match dengan banyak baju seluar yang di bawa. Takde nak berangkut-angkut banyak tudung ni..hehe Baju seluar pun jenis yang selesa, dan tak perlu berseterika gak.

Makanan, bawa gak bekal biskut roti sedikit. Ok la, nak wat alas perut. Tapi sejak kenal Esp ni, lagi best sebab membantu bagi rasa kenyang lebih lama dan lagi bertenaga. Minuman, air putih ofkos, WAJIB..Selain tu, ada gak bawa 3in1 minuman kegemaran.

Telefon dan charger jangan dipisahkan. Sebab sangat-sangat penting lagila kalau yang jenis guna phone je untuk snap foto sebagai kenang-kenangan..Haha..Fiefi la tu, jenis ambil gambar melalui phone je..takde kamera yang khas lagi setakat ni...Tapi, Alhamdulillah setakat ni takde lagi bawa smartphone tapi lupa bawa charger =)

Duit. Ni sangat-sangat penting. Dahla, sekarang kebanyakkannya semua perlukan duit. Nak masuk toilet pun bayar kan? Apatah lagi kalau pergi bercuti, so before bercuti memang perlu sediakan plan berserta bajet masing-masing agar tiada sebarang masalah timbul. 

Ni Fiefi nak kongsikan 5 suplemen yang dicadang untuk membawa bersama bila pergi bercuti.
1. Esp Shaklee -  minuman tambahan protein yang membekalkan tenaga berterusan dan membantu bagi rasa kenyang lebih lama

2. VitaLea Iron Formula - multivitamin dan multimineral yang menyokong kesihatan keseluruhan

3. SR Vita C Plus - vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem imun, mengurangkan simptom selsema

4. B Complex - menukar makanan kepada tenaga, mengurangkan stress fizikal dan mental

5. Ostematrix - pil klasium yang lengkap vitamin D dan magnesium, membantu tidur lebih lena, mengatasi rasa letih dan lenguh-lenguh kaki, juga membantu melawaskan
Yela, nak cuti-cuti tu mestilah kena jaga dan kekalkan kesihatan juga. Bercuti dengan gembira dan sihat gitu kan =)

Selamat bercuti.

Sharing is caring,
Fiefi Ira =)

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...