Friday, 13 November 2015

Wanita dan Keputihan. Adakah Ianya Normal atau Penyakit?

Adalah normal bagi seseorang wanita itu mengalami KEPUTIHAN, kerana ia sebenarnya adalah proses perubahan hormon dan pembersihan di mana sel-sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj.

Secara biologi, keputihan berlaku pada sekitar sebelum waktu haid bagi setiap wanita. Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil.

Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah. Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda-tanda abnormal muncul itu akan dikhuatiri akan menjadi penyakit. Keputihan yang normal biasanya lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau dan tiada rasa gatal-gatal.

Punca keputihan 

  1. Perubahan hormon yang dilalui setiap wanita 
  2. Jangkitan kuman yang menganggu organ kewanitaan 
  3. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid
  4. Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya
  5. Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan
  6. Penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit
  7. Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis

Mengenali Simptom Keputihan & Penyebabnya 

Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan itu :


1-Simptom 1 

  • Lendir bewarna putih kekuningan, pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina 
  • Penyebabnya ialah kulat Candida sp 
  • Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli 
2-Simptom 2

  • Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.
  • Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal. 
  • Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis 
  • Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin 
3-Simptom 3

  • Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka. 
  • Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim

Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan 
1-Pada masa yang subur 
Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa. 
2-Ketika hamil 
Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan. 
3-Saat terangsang 
Lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual. Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual. 
4-Berat badan yang berlebihan 
Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi. 
5-Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi
Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap. Dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan. 


Kesan daripada keputihan ni, boleh menimbulkan masalah hubungan intim dan juga masalah kesihatan kesuburan. Jadi, buat semua wanita yang mengalami keputihan janganlah pandang ringan akan hal ini.

Jika ia tak dirawat, tak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ-organ penting dalam badan. Malah yg lebih teruk, ia mampu merebak ke pasangan kita. Dimana kesannya organ seksual lelaki juga turut akan berasa gatal,melecet dan kemerahan.






Ok, harap bermanfaat. Nantikan entri akan datang, InsyaAllah Fiefi kongsikan cara untuk membantu mengawal keputihan ni. Terima kasih, sudi baca =)


Sharing  is caring,
Fiefi Ira =)

1 comment:

  1. Assalamualaikum...Good information...thank you

    ReplyDelete

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...