Monday, 14 December 2015

10 Fakta Menarik Tentang Ibu Bersalin!

Sesungguhnya seorang ibu yang mempunyai pengalaman bersalin adalah rezeki yang tiada tolok tandingan buatnya. Yes! Alhamdulillah rezeki darinya. Syukur seadanya. Dan setiap kali bersalin adalah saat pengalaman yang pertama buat si ibu walaupun dikatakan si ibu itu bersalin anak kedua atau ketiga. Ini kerana setiap kali bersalin pengalamannya berbeza dan tersendiri moment nya buat si ibu bersama anak yang dikandungnya =)

Proses melahirkan bayi merupakan perjuangan hidup mati seorang wanita. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tiada tolok bandingnya. Untuk entri kali ni, Fiefi nak kongsikan beberapa fakta menarik mengenai proses melahirkan bayi.
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan. 
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya. 
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml. 
4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan. 
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi. 
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya. 
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu. 
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Ok, itu aje yang Fiefi kongsikan untuk entri kali ini.
Semoga bermanfaat.

Terima kasih sudi baca =)
-Fiefi Ira-

4 comments:

  1. Macam manalah rasa bersalin tu ye, mesti sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)insyaAllah satu hari nanti akan rasa camne.

      Delete
  2. Tu sbb anak xboleh derhaka ngan mak.. dlm satu keadaan ada pelbagai kesakitan yg mak kne harungui ntok lahirkan kita~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..jgn jd anak derhaka..tapi jd lah anak soleh/solehah... selalu doakan mereka :)

      Delete

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...