Thursday, 10 December 2015

Info Sihat: Batuk

Semua orang pernah diserang batuk, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Batuk bermula dengan rasa gatal pada tekak
kemudian makin gatal dan seterusnya menyebabkan batuk yang teruk.

Batuk memberikan rasa yang tidak selesa sekiranya 
diserang semasa perlu melibatkan diri dengan hal yang penting 
seperti mesyuarat, menghadiri persidangan dan sewaktunya.

Batuk yang kita alami sebenarnya 
petanda sistem pertahanan imunisasi kita sedang cuba dilemahkan oleh sesuatu.

Menurut Dr. Patrik Chan (Perunding Pediatrik dan Dada), 
batuk adalah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting.
Ini merupakan cara semulajadi tubuh untuk
melindungi sistem pernafasan dengan 
mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara.

Apabila bahan penncemar merangsang lapisan udara, refleks batuk berlaku secara spontan. Ini menyebabkan pembebasan udara secara kuat daripada paru-paru untuk mengeluarkan sebarang bahan rengsa dan penghalang.

Batuk boleh membawa kesan serius kerana
mengganggu tidur dan selera makan,
sekiranya kes batuk yang dialami lebih kerap dan berpanjangan.
Batuk kronik menyebabkan seseorang rasa
terlalu letih untuk melalukan sebarang aktiviti.

Batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan 
kerumitan kerana tekanan
intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan.
Ini termasuklah
sakit kepala, denyutan jantung tak sekata (disritmia kardium), masalah tidur,
mata merah, muntah disebabkan batuk, hernia inguinal dan refluks gastroesofagus.




Jenis Batuk.
1. Batuk kering - batuk yang tidak menghasilkan mukus
2. Batuk berkahak - batuk yang kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus)

-Batuk yang kering mungkin menandakan radang larinks
-Batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis
- Batuk berdengking mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea


- Jika batuk berkahak, perlu diperhatikan warna dan rupa kahak untuk menentukan jenis jangkitan yang dialami.
1. Kahak yang bernanah dan warna keperangan dikaitkan dengan jangkitan bakteria
2. Kahak kelabu keputihan dikaitakan dengan alahan atau jangkitan virus
3. Kahak berbuih dikaitakan dengan bengkak paru-paru (edema pulmonari)

Batuk Akut
-Batuk yang kerap dialami kurang daripada 2 minggu
- Berpunca daripada jangkitan pernafasan virus seperti selsema

Batuk Kronik
- Batuk yang berlarutan daripada 2 minggu
- Tidak mengancam nyawa tapi perlu disiasat untuk ketahui punca asasnya
*sumber rujukan

Apa yang penting, bila dah terasa mula nak batuk, gatal-gatal tekak, segerakanlah up kan sistem imun kita bagi mencegahnya berlarutan. In syaa Allah, Fiefi  kongsikan punca utama batuk dan cara pencegahannya akan datang.


 

Terima kasih, sudi baca.
- Fiefi Ira-

2 comments:

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...