Saturday, 26 December 2015

Mek Comel, Sedap dimakan, Buat pun senang je!

Alhamdulillah :)
Hari ni berjaya buat kuih mek comel. Pagi-pagi lagi, eh tak pagi sangat, lebih kurang pukul 9 pagi lebih laa...projek keledek ni bermula.

Yes! Kuih mek comel ni perlukan ubi keledek oren. Memula buang kulit siap-siap, bersihkan dan rebus sehingga empuk. Masa rebus tu letak lah garam sikit.

Dah empuk, tos kan dan tumbuk bagi hancurkan semua ubi-ubi tu. Fiefi guna alu lesung untuk mudahkan kerja. Yela, panas kan nak tumbuk guna tangan. Guna sudu lak, cam lecehlak. Berhati-hati ye! Sakit tanggung sendiri :)

Bila dah hancur lumat semua, ambil sedikit tepung gandum, campur dengan sedikit ubi keledek tadi tu (muat-muat tapak tangan la) , kemudian kepal sikit dan bentukkan silinder...next, letak gula secukup rasa amaunnya :) ikut selera anda ye! Dah letak gula, tekupkan silinder tu...golek-golek bentukkan tajam di hujung atas bawah. Siap! Fiefi mohon maaf tak sempat nak snap picture untuk step-step. InsyaAllah entri akan datang ye!

Bila dah siap bentukkan cam dalam gambar ni. 

Siap lah mek comel. Next, perlu goreng dan makan je.


Mudahkan? Kan? Kan?
Jom la try buat...sedap!
Lagilaa bila buat pagi-pagi, boleh lah tahan sampai ke minum petang :) Mudah kerjakan!



No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...