Saturday, 19 December 2015

Osteoporosis: Senyap-senyap ia datang menyerang!

Sebelum ni bila dengar Osteoporosis cuma tahu ia berkait dengan kesihatan tulang. Tu je! Macamana dan bagaimana ia berkait tak ambil tahu sangat. Tapi bila dah umur semakin meningkat, dengan tak suka minum susu sangat, korek-koreklah hal Osteoporosis ni untuk tambah ilmu. Entri ni, Fiefi nak kongsikan dengan semua apa yang Fiefi tahu tentang Osteoporosis.



Dari sumber yang dirujuk, Osteoporosis juga dirujuk tulang poros atau tulang kurang mampat. Ia adalah sejenis penyakit metabolik di mana tulang mengalami kerapuhan sedikit demi sedikit lalu mengundang kepada risiko retak terutama di bahagian pinggul, tulang belakang dan lengan.

Kekuatan tulang menjadi lemah menyebabkannya mudah retak selepas taruma yang minimum atau kecil. Biasanya berlaku keretakan pinggul yang menjejaskan kualiti hidup dan hilang kebergantungan akibat kehilangan upaya dan pergerakan yang terhad. Osteoporosis boleh menjejaskan kesihatan, mengganggu kehidupan harian, di mana berasa sakit ketika hendak duduk, berdiri, batuk atau mungkin ketika memeluk seseorang.

Ketumpatan jisim tulang akan mencapai kemuncaknya sewaktu usia 20 hingga 25 tahun. Ia bergantung kepada faktor genetik disamping pengambilan nutrisi, aktiviti fizikal dan penyakit keturunan yang lazimnya mempengaruhi pertumbuhan tulang.



Osteoporosis boleh berlaku dikalangan lelaki dan wanita, namun wanita lebih berisiko menghidapinya terutama ketika melewati menopaus.Ini disebabkan tubuh tidak lagi mampu menggantikan tisu tulang (pembentukan semula tulang) dengan pantas apabila usia semakin meningkat. Lebih-lebih lagi selepas menopaus kerana pengeluaran hormon estrogen akan terhenti mengakibatkan tulang tidak lagi mendapat perlindungan yang diperlukan.

Simptom Osteoporosis.

Seseorang yang mengalami osteoporosis mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga tulang menjadi rapuh dan akan retak atau patah sekiranya terlanggar sesuatu. Jika keadaan ini berlaku, kesakitan yang dialami agak teruk dan boleh menjejaskan aktiviti fizikal .

Tanda lain termasuklah sakit tulang di bahagian belakang hingga menjadi bongkok disebabkan keretakan tulang di bahagian ini.


Cara Mencegah Osteoporosis.
"Kita tidak boleh elak 100%, namun boleh lambatkan prosesnya" - Prof. Chan Siew Pheng (Pakar Perunding Kanan Endokrinologi)
Namun dinasihati mengambil nutrisi dan amalkan gaya hidup yang sihat dalam mencegah dan merawat osteoporosis.

Kalsium dan vitamin D adalah bahagian penting dalam terapi osteoporosis dan ia juga mampu mencegah masalah pinggul retak ketika usia tua. Pesakit dinasihatkan mengambil kalsium dan vitamin D di samping bisfosfonat untuk mengelakkan risiko hipocalcamea

Antara cara mengurangkan risiko osteoporosis ialah:
* Berhenti merokok
- amalan merokok, boleh mengurangkan jisim tulang seseorang selain mengurangkan paras hormon estrogen serta menyebabkan wanita merokok mengalami putus haid lebih awal
 * Berhenti atau kurangkan minum minuman beralhokol
- bagi mereka yang banyak minum minuman beralkohol, risiko untuk mendapat osteoporosis adalah lebih tinggi.
* Tingkatkan aktiviti fizikal atau bersenam
- digalakkan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan meningkatkan lagi aktiviti fizikal sebagai salah satu daripada usaha mencegah osteoporosis.
- Senaman seperti berjalan pantas, berlari, menari, bermain badminton dan sebagainya merupakan antara aktiviti yang boleh membantu mengekalkan jisim dan kekuatan tulang. 
- Lebih berkesan lagi jika aktiviti fizikal atau senaman dilakukan secara teratur. Sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap kali dan tiga kali seminggu. 
- Selain itu, aktiviti harian boleh ditingkatkan dengan melakukan kerja-kerja rumah termasuk berkebun dan membersihkan rumah.


Sharing is caring,
-Fiefi Ira-

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...