Wednesday, 16 December 2015

Susu Ibu: Beri Kebaikan Kepada Ibu dan Anak

Alhamdulillah, majoriti masyarakat kita sekarang sudah celik tentang kepentingan penyusuan susu ibu. Dari saat dilahirkan sehingga bayi berumur 6 bulan, kita digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun bagi mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Sesungguhnya, banyak kebaikan penyusuan susu ibu ni. Bukan anak sahaja yang perolehi kebaikan, tetapi ibu turut perolehi kebaikan. Untuk entri kali ni, Fiefi nak kongsikan kebaikan yang bakal diperolehi ibu dan anak melalui penyusuan ibu.

Berikut antara kebaikan yang diperolehi ibu menyusu:
1.Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
2. Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
3. Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
4. Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya. 

Bagi bayi pula, kebaikan daripada penyusuan susu ibu termasuklah:
1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. 
2. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. 
3. Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. 
4. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. 
5. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. 
6. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan. 
7. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi
8. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Antara lain kebaikan daripada penyusuan susu ibu ialah tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. Ini juga baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Kredit foto : susuibu.com
Sharing is caring,
-Fiefi Ira-

1 comment:

  1. thx for the sharing. good entri btw. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

    >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

    ReplyDelete

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...