Thursday, 22 December 2016

5 Tips Buat Ibu Mengandung Mahu Tidur Lena !

Satu ujian buat ibu mengandung yang dah nak masuk trimester ketiga ni kan, bila tiba masa nak tidur kan ?

Ye laa, dengan keadaan perut yang kian membesar adakalanya memberi sedikit gangguan untuk menikmati tidur yang lena. Tapi tidur yang cukup sangatlah penting buat ibu-ibu hamil ni agar tahap kesihatan tak terjejas dan tidak cepat letih serta tak bermaya.


OK, hasil dari pembacaan Fiefi kat sini, Fiefi nak kongsikan dengan ibu-ibu semua amalan yang perlu dilakukan sebagai langkah mahu dapatkan tidur yang lena.

Antaranya,

1. Kurangkan minum
Minumlah air sebanyak-banyaknya pada waktu siang hari, tetapi menjelang waktu tidur, kurangkan pengambilannya. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini bagi mengurangkan kekerapan ke bilik air untuk membuang air kecil. 

2. Tidur siang
Cuba dapatkan masa untuk tidur sekejap pada waktu siang sekiranya waktu malam anda tidak dapat tidur bagi membantu mengurangkan keletihan. Walaupun, hanya 10 minit, ia sangatlah membantu memulihkan tenaga dan kesegaran anda. Terutamanya masa sebelum waktu Zohor ( Qailullah). 

3. Bersenam di siang hari
Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan kaki kejang di malam hari. Tapi seeloknya janganlah bersenam pada masa yang menghampiri masa tidur. 

4. Atasi pedih ulu hati 
Pedih ulu hati dapat dielakkan dengan tidak terus baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan. Jika masalah ini yang menjadi punca tidur anda terganggu, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi ketika berbaring. elakkan juga makan makanan berempah, berasid, berlemak atau bergoreng. 

5. Betulkan posisi tidur
Bila tiba trimester ketiga, perlu amalkan tidur mengiring. Ini penting dan bagus bagi menggalakkkan peredaran darah untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur menelentang untuk tempoh yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan ibu sakit pinggang.

Itulah 5 tips yang dikongsikan dan berharap tips ini dapat memberi manfaat buat bakal ibu.

Sekiranya, anda telah mengamalkan kesemua tips di atas dan masih juga mengalami masalah sukar tidur, berharap bersabarlah dan berbincang dengan pasangan anda bagi mengatasinya.

Bagi Fiefi, pengalaman mengandung kali kedua dan kali ni yang ketiga sangat berbeza dengan masa mengandung kali pertama. Alhamdulillah, sekarang tidur lena dengan posisi mengiring dan dah tiada lagi kaki kejang di malam-malam hari juga sakit pinggang bila bangun tidur keesokan harinya. Syukur sangat-sangat :)

Nak tahu apa yang membolehkan Fiefi rasakan perbezaan yang best ni nantikan entri akan datang k !

Salam sayang,
Fiefi Ismail.

No comments:

Post a Comment

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...