Friday, 5 May 2017

Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

Apa itu Vitalea Iron Formula?

Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada di pasaran. Ia merupakan multivitamin pertama yang dicipta iaitu pada tahun 1915 oleh pengasas Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Pada awalnya diberikan nama 'Vitalized-Mineral' dan perkataan singkatannya 'vitamin' telah digunakan hingga sekarang. Vitalized-Mineral pada mulanya dicipta dalam bentuk cecair dan dengan peningkatan teknologi ianya telah dicipta dalam bentuk tablet.

Menariknya, terdapat 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral seperti yang disarankan oleh RDA. 12 vitamin tersebut ialah vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin D, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B12, asid folik dan biotin. Tujuh mineral termasuklah kalsium, magnesium, fosforus, copper, iodin, zink dan zat besi.

Dalam sehari disarankan mengambil 2 biji Vitalea dan ini bersamaan dengan khasiat korang makan sebanyak 40 jenis lauk :) Sebotol pulak ada 120 biji, jadinya boleh bertahan selama 4 bulan. Jimat banyak kan?

Vitalea ni tabletnya disaluti dengan serbuk spirulina. Yang bestnya, bila makan Vitalea ni dia cepat larut dan pantas diserap badan. Ini kerana tablet Vitalea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut 'Expo-Tab'. Teknologi ini membolehkan Vitalea kekal sementara waktu dalam sistem pencernaan dan kemudian dengan cepat ia akan 'meledak' untuk bebaskan nutrisi didalamnya (pelepasan segera). 

Ohyaa.. ujian klinikal juga telah dijalankan dan mendapati golongan yang mengambil Vitalea secara konsisten selama setahun mampu mengurangkan risiko sakit sebanyak 65%. So, jangan ragu-ragu nak amalkan Vitalea ni. Lagi pulak, dia ni telah menjalani 340 ujian kawal mutu.
Haa... dah kenal Vitalea Iron Formula Shaklee ni, bolehlah cuba ye sebagai ikhtiar nak kekalkan tahap kesihatan diri kearah yang lebih baik :) 

Sharing is caring,
Fiefi Ismail si Pengedar Shaklee Yang Best !




Thursday, 4 May 2017

7 Manfaat Omega Guard Yang Dihasilkan dari Ikan Laut Dalam!

Nak tanya, korang suka makan ikan?
Ikan apa kegemaran korang?

Fiefi suka makan ikan, Biasanya ikan cencaru, ikan bawal, ikan merah, ikan selayang, ikan kembong, ikan selar kuning, ikan jenahak, ikan siakap antara pilihan Fiefi. tapinya daam banyak-banyak jenis ikan tu, ikan talapia memang Fiefi takleh nak telan. Hahaha. Kenapa? Sebab rasanya tu! Kalau ikan patin pun, tengok camne cara dan ppenyediaan tukang masak tu, kena gaya Fiefi dapatlah makan. Kalau tak, tengok jela =)


Ok lah, untuk entri kali ni, Fiefi nak kongsikan antara manfaat yang diperolehi melalui Omega Guard Shaklee, minyak ikan terbaik di dunia.

Antaranya termasuklah;
1. Asid lemak omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
 2. Mencegah penyakit salurah darah dan strok- DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, merendahkan tekanan darah tinggi dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida, dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah anteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. 
3. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori- DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain. 
4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE, dan penyakit buah pinggang. 
5. Menentang kanser- kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser patu-paru, payudata, prostat, dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif. 
6. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)- paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif. 
7. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan- kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untik menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kedihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif, dan penyakit schizophrenia.
Begitulah antara manfaatnya. Jadi buat anda yang mahukan nutrisi dalam ikan tapi tak suka makan ikan boleh cuba Omega Guard :)

Sharing is caring,
Fiefi Ismail si Pengedar Shaklee Yang Best!

Wednesday, 3 May 2017

5 Manfaat Utama Ostematrix Shaklee Yang Sangat Ohsem!

Ostematrix Shaklee,  ni suplemen kalsium feveret Fiefi. Sebab ia bukan sekadar kalsium. Kebaikan dan keberkesanan yang Fiefi rasa dan alami  menjadi asbab Fiefi menyukai Shaklee . Takmo stori banyak, sebab untuk entri kali ni Fiefi nak kongsi tentang manfaat Ostematrix Shaklee yang ohsem ini :)

Antara manfaatnya termasuklah:

  • Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia ( rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi atau kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis
  • Meringankan stress - ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur lena, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam
  • Memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengn pengambilan 1 000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil
  • Pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula, kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi
Begitulah antara manfaat Ostematrix ni, sesuai untuk insan-insan yang kurang gemarkan susu dan tidak mengamalkan diet yang seimbang bagi mendapatkan sumber kalsium. 



Dengan Ostematrix, insyaAllah dengan izinNya jua kita dapat mengelak dari osteoporosis, penyakit senyap yang merbahaya.

Cara makan pun mudah je, sebelum tidur telan dulu Ostematrix ni. Tidur pun lebih lena! Bangun esok hari pun badan lebih segar dan 'sedap' je rasa badan. Takde nak lemau-lemau daa..

Tak percaya? 

Cubalah hari ni!

Sharing is caring,
Fiefi Ismail si Pengedar Shaklee Yang Best !

Tuesday, 2 May 2017

7 Manfaat ESP Shaklee Kegemaran Orang Ramai !

ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee, adalamakanan tambahan protein yang berasaskan kacang soya. Ya, KACANG SOYA! Tapi ni kacang soya bukan GMO kawan-kawan, so kualitinya sangat terbaik, berbeza dengan kebanyakkan yang berada di pasaran. GMO tu apa? Nanti Fiefi tulis entri lain ye pasal tu!

ESP pilihan dan kegemaran insan-insan yang pentingkan penjagaan kesihatan untuk jangkamasa lamaKebanyakkan yang menggunakan ESP telah mendapat "kesan" yang hebat dan sangat best. Antaranya berjaya memiliki kulit cantik, gebu dan mulus bak kulit bayi. Kalau ibu menyusu, membantu proses penyusuan malah anak yang menyusu susu ibu pun dapat hasil kulit yang gebu, mulus dan lembut. Tapi ni semua dengan keizinan Allah swt. 

Cara minumnya pula boleh dipelbagai resepi mengikut pilihan sendiri dan yang pasti sedap rasanya. Sungguh berbeza dengan rasa soya-soya lain yang berada di pasaran. Nak tahu rasa macam mana, kenalah rasa sendiri =)

Untuk entri kali ini, jom ketahui manfaat ESP yang begitu hot selling ni =)

7 Manfaat Utama ESP Shaklee.


  • Awet Muda - asid amino memainkan peranan penting dalam pembinaan otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda. 
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terdapat dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat. 
  • Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan. 
  • Membaiki pigmentasi - membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua. Membantu membaiki masalah rambut seperti beruban atau rambut gugur.
  • Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitalititi, dorongan seksual dan rangsangan.
Dah tahukan manfaat ESP ni, nak cuba? 





Sharing is caring, 
Fiefi Ismail si Pengedar Shaklee Yang Best !

    7 Manfaat SR Vita C Plus Yang Diminati Si Cantik!

    SR Vita-C Plus (Sustained Release Vita-C Plus) adalah vitamin C pilihan kegemaran majoriti orang-orang yang mahu sihat dan cantik. Kenapa? Tentulah berkait dengan manfaatnya. Nak tahu tentang manfaat SR Vita C Plus?  Jom baca ni =)

    Antara manfaat Sustained Release Vita C 500 mg Plus termasuklah:

    -Membentuk kolagen
    Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.


    -Membaiki simptom pendarahan
    Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


    -Peningkatan sistem imun
    Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, serta asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.


    -Memerangi kanser
    Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran sel T untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.


    -Mencantikkan kulit
    Pengambilan vitamin C setiap hari melambatkan penuaan, kulit lebih cerah dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


    -Memperbaiki insomnia
    Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.


    -Mengekalkan kolesterol sihat
    Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



    Nak sihat dan cantik jugak?

    Jangan buang masa, tahu tindakan apa perlu dibuatkan =)

    Jom cuba dan miliki SR Vita-C Plus!

    Sharing is caring,
    Fiefi Ismail si Pengedar Shaklee Yang Best !

    Kenali Vitalea Iron Formula Shaklee.

    Apa itu Vitalea Iron Formula? Vitalea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral dari Shaklee yang telah 100 tahun lebih berada ...